Nota Sains Tahun 4
Keperluan Asas Manusia
Comments: 38
Manusia memerlukan 4 keperluan asas.
Jika kita tidak memiliki keempat-empatnya atau salah satu daripadanya, manusia berkemungkinan besar boleh mati dalam suatu tempoh tertentu.
Keperluan ASAS
Manusia memerlukan air untuk mengawal suhu badan manusia.
Manusia memerlukan makanan untuk
- mendapatkan tenaga
- membesar
- kekal sihat
Manusia memerlukan udara untuk bernafas.
Manusia memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya (haiwan liar, haiwan berbisa, haiwan buas), dan perubahan cuaca (hujan, panas, ribut, sejuk),
Soal Jawab berkaitan “Keperluan Asas Manusia”
Murid :salam cikgu saya pelajar murid tahun 4 sek. keb. kampong to’ bedor.CIKGU saya ingin tahu apakah keperluan asas tumbuhan,haiwan.SEAKIAN terima kasih.
Cikgu : Keperluan asas tumbuhan hanya 3:
*air
*udara
*cahaya matahari
Keperluan asas haiwan : air, udara, makanan, tempat perlindungan…
Murid ; Cikgu, saya ingin tahu»Mengapakah tumbuhan perlu kepada keperluan asas?
apakah keperluan asas tumbuhan???dan ,bagaimana ia bergggerak balas terhadap rangsangan..(nama saya Aida Farehah..Saya berumur 10 tahun dari Sek.Keb Petagas,Penampang.
CIKGU ; Tumbuhan bergerak balas terhadap 3 ransangan:
*graviti (akar membesar ke bawah)
*air (akar membesar ke bawah tetapi ke arah yang mempunyai air)
*cahaya matahari (pucuk akan membesar ke arah cahaya matahari)
siti fatihah natasha 22 April 2012 at 1:46 pm Reply
salam cikgu saya nak tanya sikit apakah ciri-ciri haiwan:)
Nurul Atikah 30 Jun 2012 at 11:19 am Reply
Ciri ciri haiwan semestinya senang
kertas 4 Julai 2012 at 10:43 am Reply
ciri2 haiwan? cuba adik perhatikan ciri-ciri yang sama yang ada pada kucing, lalat, tikus, harimau, gajah, burung, itik, buaya, cicak, dan ikan… (nanti bagitau kat sini, ok?)
hanna 3 Mei 2012 at 4:29 pm Reply
salam,cikgu boleh terangkan ciri ciri haiwan?
Cikgu Hamzah 30 Jun 2012 at 8:42 pm Reply
Salam. Adik maksudkan ciri-ciri haiwan yang bagaimana? Soalan adik masih luas / umum.
Kalau untuk tajuk Tahun 4, haiwan boleh dikelaskan sama ada
- cara bernafas (insang / paru-paru / kulit lembap / struktur trakea)
- cara membiak (melahirkan / bertelur)
Jika ciri-ciri, mungkin berkenaan ciri-ciri haiwan boleh menyelamatkan diri dari ancaman musuh,
- menggulungkan badan (contoh : tenggiling)
- berbau busuk (contoh : ulat gonggok)
- penyamaran (contoh : sesumpah)
- memiliki dua titik seperti mata (contoh : kupu-kupu)
- sengat berbisa (contoh : lipan)
Ciri-ciri haiwan supaya boleh tinggal di tempat bercuaca lampau
- berbulu putih (boleh memerangkap haba di tempat terlampau sejuk)
- bertelinga panjang (mengurangkan kehilangan air)
dll
Kesemua di atas terdapat dalam buku teks secara jelas.
Ada lagi ciri-ciri lain , insya ALLAH nota tentang ini akan disediakan.
Cuma cikgu memohon maaf penyediaan nota memerlukan masa yang selesa, supaya penyampaiannya mudah diterima dan difahami, tidak menyerunota pai buku teks ataupun buku rujukan di pasaran. :-)
hanna 3 Mei 2012 at 4:30 pm Reply
tak fahamlah saya erti sebenar tersebut?
kertas 4 Julai 2012 at 10:48 am Reply
maksud cikgu, kamu nak tahu ciri haiwan yang mana? haiwan ada banyak jenis. Hanna nak tahu ciri2 haiwan kategori mana?
Untuk pengetahuan adik, haiwan dikelaskan mengikut 2 kategori iaitu: vertebrata (bertulang belakang) dan invertebrata (tidak bertulang belakang) Boleh tak hanna bagitahu saya apakah contoh haiwan yang bertulang belakang dan yang tidak? Saya nak 3 setiap satu.
Nurul Atikah 30 Jun 2012 at 11:22 am Reply
Assalamualaikum cikgu.
Saya ingin tahu bagaimana proses fotosintesis boleh berlaku terhadap tumbuh tumbuhan.
Saya perlukannya untuk Folio saya yang akan saya pamerkan bulan hadapan.
Nurul Atikah, 10 tahun, sekolah di Sekolah Kebangsaan Methodist Tanjong Rambutan, Ipoh, Perak.
Saya harap cikgu dapat membalasnya.
Sekian.
Cikgu Hamzah 30 Jun 2012 at 8:34 pm Reply
Proses fotosintesis ialah proses di mana tumbuhan membina makanannya sendiri. Makanan dibina oleh daun hijau dengan syarat terdapat kehadiran gas karbon dioksida dan cahaya matahari.
Sebab itu, jika kita melekatkan kertas hitam pada daun (pokoknya disiram setiap hari), daun tersebut tidak akan layu / terus mati, tetapi akan berubah warna daun.
Untuk folio tersebut, mungkin adik boleh lampirkan spesimen daun hijau segar dan daun yang berubah warna. Warnanya akan berubah menjadi kuning keperangan.
Maklumat tambahan.
Jangan keliru, pokok memerlukan karbon dioksida untuk membina makanan sendiri, tetapi pokok juga memerlukan oksigen , seperti manusia dan haiwan untuk bernafas.
aiman daniel 2 Julai 2012 at 9:30 pm Reply
salam cikgu maklumat tambahan tu apa
kertas 4 Julai 2012 at 10:53 am Reply
aiman, cikgu hamzah maksudkan maklumat tambahan tu — pesanan or kata2 akhir, takde mksud ape2 pun.. kamu kena baca keseluruhan isi yang cikgu hamzah bagitau tu….
aiman daniel 2 Julai 2012 at 8:59 pm Reply
cikgu apakah maklumat tambahan
kertas 4 Julai 2012 at 10:38 am Reply
salam. cikgu tertinggal satu lagi keperluan asas manusia iaitu pakaian…
wawa tehah 5 Julai 2012 at 8:56 pm Reply
hahaha…..pakaian
shallinie murugiah 6 September 2012 at 5:19 pm Reply
goooooooooooodlah……………..
MCB 22 Oktober 2012 at 11:14 pm Reply
thanks bro . helped alot :)
aman 8 November 2012 at 9:33 am Reply
salam cikgu
lynnkamal 27 Disember 2012 at 9:47 pm Reply
salam cikgu, saya guru baru,
boleh saya gunakan nota cikgu untuk p&p saya..
Muhd asri v othman 2 Januari 2013 at 1:41 pm Reply
berapa lamakah manusia boleh hidup dgn hanya minum air?
Shahri 2 Januari 2013 at 6:51 pm Reply
Pelik sukatan pelajaran sekarang. Waktu saya belajar dulu, keperluan asas cuma 3 saja iaitu 1)Tempat perlindungan 2)Makanan 3)Pakaian. Tempat perlindungan dan makanan seperti yg diterangkan diatas manakala Pakaian untuk mengawal suhu.
Patut la orang sekarang dah segan nak berbaju sebab bukan keperluan….. ha ha ha
muhammad kasyfiy 5 Januari 2013 at 12:44 pm Reply
cikgu tolong ajar saya tentang keperluan asas manusia ni
muhammad kasyfiy 5 Januari 2013 at 12:48 pm Reply
shahri awak sekolah mna
Shahri 5 Januari 2013 at 4:48 pm Reply
Saya bersekolah di sekolah menengah tunku sulong tahun 1986-1988 (1988 SRP).
muhammad kasyfiy 5 Januari 2013 at 9:47 pm Reply
panjangnya nama sekolah awak
muhammad kasyfiy 5 Januari 2013 at 9:52 pm Reply
shahri boleh kita berkawan
muhammad kasyfiy 5 Januari 2013 at 10:59 pm Reply
cikgu hamzah apakah keperluan asas haiwan
muhammad kasyfiy 5 Januari 2013 at 11:11 pm Reply
cikgu saya nk tidur dulu la ye
siti 10 Januari 2013 at 8:45 pm Reply
cikgu apa nama2 udara/contoh
siti norhaliza misman 13 Januari 2013 at 1:41 pm Reply
assalammualaikum cikgu bleh x tlong saya pasal latihan sains keperluan asas manusia saye drjh 4 sek. keb. seri timbul batu pahat
siti nur khaleeda 4 November 2013 at 9:38 am Reply
cikgu macam mana tips nak jadi pandai dan selalu dapat no.1 dalam kelas :)
Subscribe to:
Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment